Aiskrim Viral Thailand @ Elements Mall Melaka !
Assalamualaikum wbt
Hai hai hai ! Haaaa tengok tajuk tu, ape yang viral ek? Yas, AISKRIM VIRAL THAI ! Alaaah, aiskrim arang yang warna hitam legam tu. Takkan tak penah tengok orang sibuk dok bincang cakap pasal aiskrim ni.
Ni lah dia aiskrim nya.
Demi Cones by Demi Concept. Aiskrim ni korang boleh dapatkan kat
Elements Mall Melaka. Kalau korang nak tau, aiskrim ni hot meletiup kat Thailand especially kat bandar maju dorang iaitu Bangkok. And dorang luaskan lagi empayar dorang ke Malaysia, tup tap Elements Mall Melaka ni lah jadi cawangan pertama ! Wau, Melaka uols. (Dekat dengan rumah I lak tu)
Flavour yang diorang highlightkan macam kat dalam gambar tu. Mix Concept, Matcha GreenTea + Charcoal flavour pastu dia tambah lagi cornflakes kat dalam cones tu, ade pepero coklat vanila and Oreo. Not bad lah jugak rasa dia ! Haaaa harga di mungkin mahal sikit, RM 14.90 :'D
FYI, demi cones ni ade 2 flavours ; Premium Charcoal dengan Matcha Greentea sajo. Cones pun ade 2 pilihan ; Original Waffle Cone dengan Charcoal Waffle Cone. Harga bendalah ni beza cuma singgit je. Yang original RM 13.90. Hahaha takde lah jauh beza.
Lupa nak habaq, kalau nak dapatkan Demi Cones ni, korang boleh pi ke Elements Mall Melaka (direction sila guna encik Google Maps atau sedara-mara dia). Tingkat berapa? Dia kat tingkat 10, bawah MBO and berdekatan dengan kedai Full Time. Kalau nak buat photoshoot utk aiskrim ni, ade spot cantik. Sekali dengan korang boleh selfie/ber-OOTD kat situ. Lighting yawaaaaaa~ Dari spot tu, korang boleh nampak laut/pantai. Korang carik je, dia kat sebelah kiri kalau korang keluar dari lif nnti (nak explain pun tak tahu, nanti korang gigihkan diri cari ye hihihi)
Balik semula dengan yang aku test itu hari, aku amek flavour Matcha Green Tea + Premium Charcoal. Nak rate aiskrim ni 10/10 takleh jugak. Hahaha sebab ape......sebab aku ni bukan greenteaholic. So, rasa dia pelik sikit :P INI BAGI AKU LAH. Aku bagi 6.5/10. Kalau korang, mungkin sedap, mungkin okay dengan tekak korang. Kihkihkih.
Walaupun dia hitam legam macam baru lepas kena tar, korang jangan risau, aiskrim ni takkan buat gigi korang hitam lah
Allright chuols. Itu saja untuk post kalini. Bye-bye-bye ! Eh, kejap ade additional gambaq iols nak share dengan engkorang ;
Ni tempat yang selalu orang amek gambar bila pegi Elements Mall Melaka.
Lokasi ; Level 10
View yang agak buruks sebab tempat construction, but still korang boleh nampak view laut/pantai dari sini.
Lokasi ; Carpark Level 5
Ni lah dia Elements Mall Melaka nya. Gabung dengan DoubleTree Hotel & Hatten Place.
thesuperb,
-nazatulnashya-
Labels: aiskrim arang, aiskrim hitam, aiskrim viral, demi concept, demi cones, elements mall, foodhunter, mbo, melaka, viral
Annyeonghaseyo!
Meet the Owner
Hey peeps ! Nice to meet you, what's your name ?
Nothing special about me. An ordinary woman with eyes, nose, lips and also forehead but extra spicy & cheese. Yeah, I love blogging and also joining contests ! Tak selalu update blog {admit that} but okay je if those yang jemput ajak join giveaway
YAYY
First of all, my names is Nazatul Nashya Ramli. I'm pretty {hehehe confident}. I have a boyfriend and hell yes, i need to share my boyfriend with the other girls. Okay fine, actually I'm an Exo-L and
#LoveYIXING4eva #plsletmeloveYIXINGalone tsk tsk~
I love my Ayah Misai & Mak Bulat soooo much! And I have 3 brothers - Nash , Nashrul & Nashren. I don't love them
#tipujer One fact abt me is I really really really love cats & fruits. Is it really a fact? HAHAHA