House of Nashya ;
profile affiliates free page refresh follow

disclaimer
about
 aummchakkk !
typical selfie(s)*
Hello, i'm nazatul nashya ramli . Currently studying at UiTM Lendu, Melaka. Love you & fOOdz.
I'm c o o l !
 Add Me Follow Me Follow Me

bored?
ask me anything


exo-l?
click these




blog archieve
have a look

  • Thai Malay Expo Melaka 2016
  • The Most Scrumptious Delicious Kuih Keria Antaraba...
  • Bukan Kaki Kencing, Tapi Kaki Ngencess Lah
  • It's Your Day !
  • #FamVac at Pulau Besar, Melaka
  • Mee Bandung Muar (Second Try)
  • Eid Mubarak 2015
  • First and Last
  • #FamVac at Desaru Damai Beach Resort
  • Felt Case Buatan Sendiri


  • chatting
    let's talking


    followers
    puhlisss

    instagram
    beep beep


    thankyou
    big clap


    Template & design was made by Adam Faiz. Thanks to Michiko for the basecode, & Wanaseoby for the useful tuto and colourful backgrounds. TQ~!



    K-I-O-D-A
    Friday | 6 comments


    Assalamualaikum semua! Haritu dekat fesbuk, ade ternampak iklan orang share pasal Korean concept-store yang baru menapak kat Malaysia ni hah. KIODA ! Taraaaa. Tengok dia promote kedai dia, terus terpikat. Banyak barang comey-lotey, yang pasti barang dia semua dari Korea. Beriye punya pasal nak sangat pergi, leave-lah comment tanya kat Melaka ada bukak tak. Ade sorang Chinese ni reply, 'ada satu, depan Starbucks Melaka Raya' -sambil ajuk slang pelat melayu dia. Aku pun apalagi, ajak ayah ku yang tercinta pergi sana.

    Cari Kioda semangat sampai guna GPS, hahahaha. Bila sampai, rupanya Kioda SEBELAH Starbucks je. Haiyaaaa. Hahaha. And kalau nak tahu, dia dekat dengan Mc'Donald Dataran Pahlawan / Baskin Robbin yang berhadapan mekdi dp tu haa. Aku pun berhuhuhuhu, rupanya sini dia menyorok selama ni. 

    Well, tempat dia memang menarik dan sangat selesa. Dengan lagu Kpop nya lagi, fuh makin berkobar-kobar jantung aku *gelak jahat*. Masuk-masuk je nampak barang kosmetik - April Skin, Tony Molly, Ximisoo dll. Tak ramai orang masa aku pergi tu. Agak lama dalam kedai tu, sebab aku belek barang satu-satu. Kihkihkih.



    Patung semua kiut-miut, especially En. Doraemon. Harga tak tengok lak, sebab tak beli pon patung-patung tu. Aku hai je kat dorang. Huhuhu. Selain patung & barang kosmetik, ada jugak Samyang, Banana Milk, alat tulis, barang-barang dapur, shades, barang mandian, perfume {botol dia tersangat-lah comel} , beg and kawan-kawan mereka. Malas nak sebut semua. Mostly, harga barang dekat Kioda ni RM10.


    Hihihhi, say hello to Yoo Shi-Jin kita ni ! Kalau nak muka handsome + flawless macam Joongki, boleh lah cuba ketujuh-tujuh mask dia ni. Harga 1 pack = RM11 {kat Watson/Guardian ada jual juga}. Dekat Kioda memang menimbun mask dia jual. Brand Tony Molly lah paling banyak.


    Ini pulak some notebooks & stationery. Notebooks dia unik and corak dia ala-ala tumblr. Memang cantik. Aku hampir nak terbeli sebuah haha. Tapi, nasib baik tersedar dari khayalan, pikir-pikir baik beli barang lain since buku nota kat rumah tu haa terperuk je dalam laci. Sejak dari dulu aku memang suka kumpul buku nota yang unik-unik. Kalau ada duit, belilah buat collections, kalau duit sayup-sayup je, byebye hahaahahhaha.


    Shades atau cermin mata vogue serta acaca macam retis yang dijual kat Kioda sangat berbaloi. Dalam RM20, dapatlah shades yang c-o-o-l . Hajat nak pergi Kioda lagi, nak tangkap bawak balik satu shades ni. Tengok kat rak dia, takda yang baru puns. Harga dia pun takdalah mahal sangat macam yang dijual kat Instagram, around RM20 jurppps.


    Ni pulak bahagian losyen, facemask, serum apa tu semua. Btw, dorang tengah play lagu 2PM - Hands Up. Hihihi jumpa kejap lah dengan boyfriend lama aku {Nichkhun} Oppa ♥  


    Setelah sekian lama membelek-belek barang dalam Kioda ni, ada lah hasil tangkapan sikit. Semua ni lebih kurang RM60. Tapi, beg hitam dengan bangles tu tak termasuk tau ~! Saja je nak melawakan gambar iols. Apa yang aku & mak beli - roller bulu, mascara, facemask Tony Molly, apron pink, eyeliner {sangat best !} and tempat buang blackhead - tak ingat nama dia apa *cry*

    Kalau memang suka barang Korea selain Jepun {tut..tut} , boleh lah ke Kioda ni. Tapi, sebelum ke Kioda, make sure dah cucuk duit ye sebab korang memang takkan keluar tanpa beli satu barang. At least, mesti terjebak beli satu punyalah ! Hehehe. Jangan risau, outlet dia melambak kat Malaysia ni. Boleh ke link di bawah ni, terus direct ke Official Account dia - arasso ? Good !


    Facebook - sini 
    Website - sana

    Allright, jangan lupa tunggu next post, iols nak buat sikit review pasal barang-barang yang iols beli tu haa. Tunggu sat na ! Bye, off to KL 




    thesuperb,
    -nazatulnashya-